Thursday, November 04, 2010

ayah! datO nak baiki rumah kita

Ayah!

DatO nak baiki rabung rumah,

Tapi atap tak bOcOr.


Kata DatO,

Air hujan membasahi dapur,

Rabung dah punah,

Tapi atap tak bOcOr.


Kata ayah,

Basah di dapur dek tempias hujan,

Sebab tingkap ternganga luas,

Tapi DatO nak baiki juga!


Mana DatO?

DatO di atas bukit,

Rumah DatO banglO tiga tingkat,

Tak macam kita.


Rumah kita rumah kayu,

Rumah DatO rumah batu,

Rumah kita rumah melayu,

Rumah DatO rumah baru!


Kata DatO,

Rumah kita rumah lama,

Rumah kita tak selesa!


Kata ayah,

Rumah kita cara kita,

Rumah kita warisan pusaka!


Tapi DatO nak baiki juga,

Mungkin kerana DatO tak faham bahasa,

DatO bawa juga simen dan batu,

Sedangkan rumah kita hanya perlukan papan dan paku.


Kenapa DatO tidak faham?

Rumah kita rumah kayu,

Bukan rumah batu.


Dato tak tanya tukang rumah kayu,

Yang DatO tanya tukang rumah batu,

Kalau begitu lagaknya,

Nak baiki atau nak diganti dengan rumah batu?


arinTaker

2000 / 2001

No comments:

Post a Comment