Friday, November 26, 2010

mati itu adalah benar

Setelah menerima berita tentang kejadian itu, aku pun terus bergegas menziarahinya buat kali terakhir. Setelah sampai kerumahnya aku dapati dia terbujur kaku dengan wajah yang pucat dan sedia untuk dimandikan. Terdengar juga suara - suara tangisan pilu sayup - sayup juga kedengaran suara bacaan ayat ayat suci al - quran...

Dia yang dimandikan dengan air mutlak bercampur kapur barus, dibasuh dengan tangan, disela - sela celahan jari - jemari. Rambut digOsOk perlahan, badan dilumur dengan air sabun. Dibaringkan ke kanan dan kiri. Ditekan - tekan perut lalu dibersihkan dubur dan qubulnya. Sesudah dimandi wajib dan diambilkan air wudhuknya. Lalu dikeringkan air dengan kain batik lepas. Untuk dikafankan.

Dia dibaringkan lalu dikafankan dengan kain putih dan seluruh tubuhnya juga ditutupi dengan kapas. Matanya dicelakkan. Ketika itu terdengar di kiri dan kanan ahli keluarganya yang menangisi keadaannya. Bukankah dia itu sebelumnya dapat melihat, bergelak ketawa, bergurau senda, makan dan minum bersama - sama. Kini setelah matanya rapat, tangannya diqiam terbujur kaku!

Dia diletakkan di hadapan imam. Di bahagian kepalanya imam berdiri tegak, bersama - sama makmum untuk disOlatkan. Dan selesai sOlat, dOa pun dipanjatkan :

Ya Allah! Ampunilah dan rahmatilah dia. Afiatkanlah dia dan ampunkanlah dia. Muliakanlah tempat persinggahannya dan luaskanlah tempat masuknya. Basuhkanlah dia dengan air, salji dan embun. Sucikanlah dia daripada segala kesalahan sebagaimana disucikan pakaian putih daripada segala kekOtOran. Gantikanlah rumahnya dengan rumah yang lebih baik, ahli keluarganya dengan ahli keluarga yang lebih baik dan pasangannya dengan pasangan yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan peliharalah dia daripada fitnah kubur dan azab neraka.

Di akhir perjalanan prOses perpisahan dari alam dunia menuju ke alam baqa'. Wajahnya dibuka untuk tatapan terakhir. Sebelum dibawa pula ke perut bumi, alam persinggahan sementara menunggu hari pengadilan. Menitis lagi air mata, dengan teriak tangis kaum keluarga. Sudah berpisah dia dengan hartanya, anak isterinya dan segala kesenangan dunia.

Tubuhnya pun diangkat beramai - ramai, diletakkan di dalam 'kenderaan akhir'. Disambut pula Oleh penggali kuburan untuk di'simpan' di kediaman yang baharu. Dengan hati - hati jasadnya diturunkan ke liang lahad lalu diletakkan gumpalan tanah agar badannya mengiring dan wajah menghadap kiblat. Papan demi papan diletak bersusun di atasnya. Berderap bunyi tanah untuk menimbus tubuh yang kaku itu. Hinggalah sampai masanya batu nisan dipacakkan.

Kini dia keseOrangan, mungkin di dalam kegelapan atau bersama - sama cahaya. Mungkin dia tidur tenang atau diseksa. Sementara menunggu - nunggu hari dihisab pula.

Kemudian dibacakan pula talkin:

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar - besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada Orang yang lalai, dan sebesar - besar amaran kepada Orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Dialah Tuhan yang Maha Besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji - janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama - sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar - benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA. Selepas pemergian kami ini semua, akan datang kepada kamu 2 Orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah - hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyOal kamu. Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu
?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab sOalan - sOalan mereka dengan cermat dan sehabis - habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah takut dan janganlah bergOpOh - gapah, biarlah tenang dan berhati - hati.

Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
Kitab suci Al - Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku,
Malahan sOlat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku,
Semua Orang Islam dan Orang yang beriman adalah saudara aku,
Bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah muhammaddur rasulullah".

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya mati ini adalah benar, sOalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kOlam air nabi adalah benar, syurga dan neraka adalah benar. Bahawasanya hari kiamat tetap akan datang, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula Orang - Orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. SemOga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdOa mudah - mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seOrang diri di dalam kubur ini. Mudah - mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermOhOn kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalin walham dulillahi rabbil alamin.

Ya Allah, berikanlah kami didunia ini dengan segala kebaikan, dan di akhirat nanti dengan segala kebaikan, dan jauhkanlah kami dari azab api neraka. Amin Ya Allah...

arinTaker
27 Januari 2010
11.08 pm

No comments:

Post a Comment