Showing posts with label ma frenz. Show all posts
Showing posts with label ma frenz. Show all posts

Tuesday, November 09, 2010

kawan - kawan

Kawan - kawan,

Kenapa mahu lawan,

Kita kan kawan,

Dulu sama - sama kongsi teh secawan.


Kawan - kawan,

Kenapa mahu lawan,

Orang lain maju ke depan,

Orang kita cari jalan jatuhkan kawan.


Kawan - kawan,

Bukan nak cari lawan,

Sekadar nak ingatkan,

Hati - hati dengan gunting dalam lipatan.


Kawan - kawan,

Cuba dikaji Orang tua - tua pesan,

Kawan jadi lawan,

Lawan jadi kawan.


arinTaker

2000

Thursday, November 04, 2010

sahabatku

Sahabatku,

Setiap baik dan jahatmu,

Walau sebesar biji sawi,

Kau selitkan diatas langit,

Kau sembunyikan di bawah batu,

Kau tanam di dalam bumi,

Balasan Allah pasti menanti,

Alias Maha Tahu,

Maha halus Allah,

Lagi Maha mengetahui.


Sahabatku,

Cantaskan sOmbOng yang membelit diri,

Jua leraikan angkuh yang membelenggu diri,

Nisbi engkau maha tinggi,

SOmbOng dan angkuh dibenci Ilahi.


Sahabatku,

Kita bersahabat bukan untuk mengakarkan permusuhan,

Tetapi untuk menyemai perdamaian,

Jangan pula nanti engkau diherdik,

Seburuk - buruk suara sang keldai.


Sahabatku,

Aku tahu engkau Orang yang baik,

Tahu asal,

Kenal makna.



arinTaker

Mei, 2000