Tuesday, November 09, 2010

perjuangan belum selesai

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya,

Bukankah sejak zaman berzaman mereka menjadi pelaut, pengembara,

Malah penakluk terkemuka!

Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,

Menjadi pedagang dan peniaga,

Selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang.


Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera,

Menjajah dunia yang tak dikenal,

Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau,

Yang tidak pernah kenal erti takut dan kematian,

Dimanakah silapnya?


Hari ini, jalan ini,

Pasti semakin berliku,

Kerana masa depan,

Belum tentu menjanjikan syurga,

Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa.


Perjuangan kita belum selesai,

Kerana hanya yang cekal dan tabah,

Dapat membina mercu tanda,

Bangsanya yang berjaya.


Tun Dr. Mahathir

Perdana Menteri Malaysia ke-4

No comments:

Post a Comment